2013

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN BINA BADAN TAHAP 1

Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Bina Badan Malaysia dengan kerjasama Majlis
Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Bina Badan Perak akan mengadakan Kursus
Kejurulatihan Sukan Bina Badan Tahap 1 seperti ketentuan berikut:

Kursus Kejurulatihan Sukan Bina Badan Tahap 1

Tarikh: 13 hingga 17 Mac 2013

Tempat: Body Alignment Warehouse Gym Centre, No.4B – 16B, Jalan Veerasamy 30000 Ipoh, Perak

Tempat Penginapan : Tune Hotel, Jalan Veerasamy 30000 Ipoh, Perak

Pegawai Perhubungan:

1. Lt. Kdr. Kamaruzaman Kadir (B) 013-342 1730
2. En. Faizal Baharom 012-638 2863
3. En. Edmund Chong 012-508 6611
4. En. Abd. Halim Budin 012-348 4388

2. Setiap peserta kursus akan dikenakan bayaran sebanyak RM300 seorang untuk
penginapan dan kuliah sahaja. Perbelanjaan bagi makan, minum dan pengangkutan
perjalanan adalah di atas tanggungan peserta sendiri. Untuk makluman, terdapat banyak
kedai makan berhampiran dengan hotel penginapan peserta.

3. Peserta dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada Persatuan Bina Badan
Negeri masing-masing sebelum mengembalikan Borang Permohonan Kursus yang
dilampirkan bersama dengan surat ini. Borang Permohonan boleh dihantar kepada pihak
sekretariat pada atau sebelum 8 Mac 2013 melalui email [email protected] atau faksmili
03-9056 3054.

4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas apa jua yang berlaku kepada
peserta sepanjang menghadiri kursus ini. Bayaran penyertaan kursus dibuat secara tunai
semasa pendaftaran atau melalui cek atas nama Persekutuan Bina Badan Malaysia.

 

Download Surat

Download Borang Permohonan